Dah 2 tahun :) Banyak yang kitorang dah lalui. Tapi tu kira baru sikit kot. Ye la, baru 2 tahun kan. Banyak lagi yang kitorang akan lalui. InsyaALLAH kalau jodoh panjang. Amiiin3~ :)
Sepanjang 2 tahun nie, aku makin kenal dia. Ada jugak kadang2 tu macam tak paham. Aku tau dia pon susah nak paham aku kan? Perempuan kan susah nak difahami. Unpredictable ^^ Tapi, alhamdulillah. Dia sabar layan kerenah aku.
Sepanjang 2 tahun nie jugak banyak perbezaan kitorang yang aku nampak. Banyak sangat kot. Pasal makanan la yang paling utama. haha. Dia suka pedas, aku tak suka. Dia suka makan ayam, aku suka makan ikan. Dia suka ikan keli, aku tak suka ikan keli. heheee. Pasal benda lain pun ada. Minat pun banyak yang berbeza. Tapi, perbezaan tu semua yang buat kitorang melengkapi antara satu sama lain kan? ^^
dan... sampai sekarang.. setiap kali nak jumpa dia walaupun nak jumppa sekejap je... rasa berdebar2, rasa excited tu, still ada.. walaupun dah 2 tahun kenal. haha.. sweet kan ^^
Terasa, merajuk, marah2.. semua tu wajib la ada kan. Tapi selalunya semua tu aku la puncanya. hehe. sekejap2 nak terasa. benda kecik nak terasa. Merajuk tu best tau. haha :P Tapi, dia layankan ja... bagus betul Mr. Beruang saya tu. Untung saya ada dia. :)
Semoga apa yang kita impikan, jadi kenyataan. Terima kasih sebab selalu sabar dengan saya. Terima kasih sebab selalu nasihat saya. Terima kasih sebab selalu ada dengan saya. Terima kasih sebab terima saya. Terima kasih sebab sayang saya.
Selamat Dua Tahun, Awak :)
semoga kita jumpa lagi tahun depan, 18disember :)
semoga rasa tu takkan pernah berubah setiap kali kau datang.

No comments:
Post a Comment