Wednesday, June 17, 2015

rindu

rindu tak perlu diluahkan.
biar masing-masing pendam.
biar masing-masing rasa sendiri.
mungkin rindu yang tak terluah itu lebih bermakna.

semoga aku kuat.

Thursday, January 1, 2015

2014

Assalamualaikum..
Tujuan entry nie aku konon macam nak throwback la sepanjang 2014 nie.. Sebab rasa macam banyak sangat perkara yang seronok jadi dalam hidup aku. Alhamdulillah.. :)
Lagipun ada orang tu macam perli aku update blog setahun sekali je.. Tu pun entry pasal anniversary je.. Hahaha..
Okay, memandangkan dah masuk tahun baru, azam aku nak selalu update blog.. haha.. (berapa orang je la yang baca pun)

Okay.. kita mula sesi throwback..

29 Mac 2014 - Kompang Feseni
Nie tahun last cikgu amir join kompang feseni.. Tiap2 tahun tengok dia main.. tu yang jadi johan berturut-turut tu.. hehehe.. so, sila berterima kasih kepada saya ye.. Feseni 2015 nie katanya jadi coach pulak.. hmm.. semoga berjaya.. ^^



12 April 2014 - Kak Izat Kawen
Orang pertama dalam RumateSengal yang menukar gelaran 'Cik' kepada 'Puan'..
hehe.. and sekarang kak izat dah pregnant dah.. insyaALLAH hujung Januari 2015 kami dapat anak sedara.. yeay!!!


27 April 2014 - Malam Perdana Sembilan
Okay, first time join projek mega kat kolej.. Nasib baik la pengarahnya Kak Ika. haha.. Well, banyak pengalaman aku dapat. Ye la, sebelum nie aku join Palapes, tak berpeluang nak join projek2 macam nie. Ada peluang, kita rebut. Cari pengalaman. Jadi setiausaha pulak tu. Memang penat sangaaattt.. Tapi semua tu berbaloi.. Majlis berjalan lancar. Cuma satu je aku terkilan. Malam tu aku tak sempat nak amik gambar kat photobooth yang aku penat2 siapkan dari pagi tu.. sedih! T.T


1 Mei 2014 - Physics Night
Sepatutnya Physics Night batch kami yang kena handle. Tapi disebabkan kami la batch paling teruk sekali kata semior, kami pun pass kat junior suruh organize. haha.. Nie Physics Night terakhir aku dengan batch aku. sebab Physics night tahun 2015 depa dah takdak. yang ada lagipun tinggal 4 5 orang ja la termasuk aku. Sebab aku extend. Takpe.. jumpa time convo nanti :D


Jun 2014 - FYP
Penat. Seronok. Stress. haha.. Stress sbb tangguh kerja. Padan muka. Lagi 2 bulan nak submit kau baru terhegeh-hegeh nak buat literature review apa semua. Rasakan. Alhamdulillah. Result walaupun tak sehebat kawan-kawan lain, aku terima sebab aku usaha banyak tu, aku dapat banyak tu la. 2 sem buat FYP nie buat aku pikiaq panjang.. mampu ke aku nak sambung blajaq, jadi researcher.. Betul ke minat aku ke arah tu? Hmm... 


Julai 2014 - Syawal 1435H
Alhamdulillah.. Aku dan family masih berpeluang menyambut Syawal sama-sama lagi tahun nie.. First time dapat khatam tadarus al-Quran. Kalau Ramadhan sebelum-sebelum nie, selalu tak habis satu al-Quran. Mungkin sebab tak ramai yang ada kat rumah.. Semoga Allah panjangkan usia kami, dan dapat bertemu lagi dengan Ramadhan dan Syawal yang akan datang.. :)


2 September 2014 -  My sayangs
Nie konon-konon nak celebrate birthday aku la.. hahaha.. Okay. Rindu. Korang sila habis exam cepat sikit dan jumpa dengan aku. Paham?? hihihi


8 September - 23 Oktober 2014 - Hajj 1435H
Alhamdulillah.. SubhanAllah.. ini nikmat kurniaan Allah yang paling berharga bagi aku.. Menjadi tetamu Allah untuk menunaikan haji.. Rindu. :')



15 Oktober 2014 - Kak As Konvo
Hasmidar konvo. Tapi aku kat Mekah lagi masa tu. Xpe. Dah suruh dorg tinggalkan space untuk aku bila dorang amik gambar. hehe



1-13 Disember 2014 - Kem Tahfiz dan Daurah Kitab
First time jadi fasi kem. Peserta budak-budak sekolah rendah and menengah. Jadi fasi kat sini, bukan aku je yang ajar dorang, tapi aku yang belajar banyak daripada dorang.. Adik-adik tu semua sangat hebat. Kecik-kecik dah hafal Juz 'Amma.. Rajin. Bersemangat. Aku kecik-kecik dulu tau main ja.. ish3.. Fasi-fasi lain pun semua muda-muda daripada aku.. Tapi MasyaALLAH.. ilmu dorang.. lagi banyak daripada aku. Seriously memang segan bila dengan dorang nie.. Pengalaman baru.. :)



21 Disember 2014 - le bridesmaids
Wedding Nadia hari tu jadi pengapit. Nie wedding kak ecah, jadi bridesmaids pulak.. Turn aku jadi pengantin yg tak sampai2 lagi.. hihi (kepada yang berkenaan, sila take note :P )



So... itulah sedikit sebanyak peristiwa2 yg terjadi dalam hidup aku sepanjang 2014.. 

azam 2015? hmm.. takdak azam.. hahhaha

Terima kasih kepada yang sudi baca.. I LOVE YOU.. ^^



Wednesday, December 17, 2014

tahun ketiga

tiga tahun...
kalau kahwin nie, dah ada anak umur 2 tahun agaknya. :D

fresh lagi dalam kepala aku peristiwa tiga tahun lepas kat kerusi tu..
rindu nak sembang2 macam tu lagi..
well.. sebenarnya kau je yang bercakap and aku jadi pendengar..
tapi aku suka macam tu..
aku suka dengar kau bercerita..
walaupun kadang2 cerita tu yang sama..
aku suka.. 

aku rindu waktu kita ada masa nak borak berjam-jam kat kerusi tu..
aku rindu nak dengar kau bercerita berjam-jam pasal famili kau, kawan2 kau, zaman sekolah kau..
aku rindu nak tengok kau semangat bercerita pasal semua tu...
kau akan cari apa ja cerita supaya kita dua orang tak senyap je bila jumpa..
kau pandai bercerita..
aku tak reti.. tu yang aku banyak diam. 

aku rindu masa kita sembang2 pasal zen garden kita..
pasal berapa ekor anak kucing dengan anak arnab kita nak bela dalam zen garden tu..
pasal pokok2 bonsai yang kau nak ada nanti..
seronok bila imagine benda2 macam tu..
kau rindu jugak tak? :)

sekarang kita dah makin matang kot..
dah makin sibuk dengan hal masing2.. nak jumpa sekejap pun susah..
kalau sembang pun dah tak banyak topik nak diborakkan..
tu yang dah jarang nak sembang pasal imaginasi2 fantasi macam tu.. 
tapi insyaALLAH, one day, semua tu akan jadi kenyataan kan dear? ^^

terima kasih untuk tiga tahun nie..
macam2 dah kita lalui..
macam yang kau cakap..
jauh lagi perjalanan kita nie..
yang penting kita usaha and jaga batas2 kita..

terima kasih sebab sabar dengan aku selama nie..
aku akan cuba jadi yang terbaik..

kau nak tau.. sampai sekarang..
setiap kali nak jumpa kau.. 
aku still rasa nervous tu..

selamat tiga tahun dear.. 



Wednesday, December 18, 2013

DAY 731 ^^

Setiap tahun, 18 Disember antara tarikh yang aku tunggu2. Excited. haha. So, dah 2 tahun, dah 2 kali aku rasa excited tu.

Dah 2 tahun :) Banyak yang kitorang dah lalui. Tapi tu kira baru sikit kot. Ye la, baru 2 tahun kan. Banyak lagi yang kitorang akan lalui. InsyaALLAH kalau jodoh panjang. Amiiin3~ :)
Sepanjang 2 tahun nie, aku makin kenal dia. Ada jugak kadang2 tu macam tak paham. Aku tau dia pon susah nak paham aku kan? Perempuan kan susah nak difahami. Unpredictable ^^ Tapi, alhamdulillah. Dia sabar layan kerenah aku. 

Sepanjang 2 tahun nie jugak banyak perbezaan kitorang yang aku nampak. Banyak sangat kot. Pasal makanan la yang paling utama. haha. Dia suka pedas, aku tak suka. Dia suka makan ayam, aku suka makan ikan. Dia suka ikan keli, aku tak suka ikan keli. heheee. Pasal benda lain pun ada. Minat pun banyak yang berbeza. Tapi, perbezaan tu semua yang buat kitorang melengkapi antara satu sama lain kan? ^^

dan... sampai sekarang.. setiap kali nak jumpa dia walaupun nak jumppa sekejap je... rasa berdebar2, rasa excited tu, still ada.. walaupun dah 2 tahun kenal. haha.. sweet kan ^^

Terasa, merajuk, marah2.. semua tu wajib la ada kan. Tapi selalunya semua tu aku la puncanya. hehe. sekejap2 nak terasa. benda kecik nak terasa. Merajuk tu best tau. haha :P Tapi, dia layankan ja... bagus betul Mr. Beruang saya tu. Untung saya ada dia. :)

Semoga apa yang kita impikan, jadi kenyataan. Terima kasih sebab selalu sabar dengan saya. Terima kasih sebab selalu nasihat saya. Terima kasih sebab selalu ada dengan saya. Terima kasih sebab terima saya. Terima kasih sebab sayang saya. 

Selamat Dua Tahun, Awak :)



semoga kita jumpa lagi tahun depan, 18disember :)
semoga rasa tu takkan pernah berubah setiap kali kau datang. 




Tuesday, November 26, 2013

When you have loved unconditionally one man and lost that love,
it leaves a wound that never heals,
a sad and broken heart, a void forever.
So, if I die tonight and the reason remains unknown,
tell not the whole world,
but the one I love that I died of  a broken heart,
not because he loved me too little
but because I loved him too much..



iloveyou

Monday, December 17, 2012

DAY 366

senyuman yang pasti membuat ramai gadis terpikat..kot.. hehe :D sangat sweet.. ada lesung pipit lagi.. cukup la pakej tu siap ada bonus sekali.. wohoo~~ eh jumpa lagi.. kat tempat sama.. tapi dia tak tegur pun.. tak pe la.. tak perasan kot.. hampir setiap hari bertembung dangan dia.. petanda ke nie??? tapi... mesti dia dah berpunya.. okay.. melepas.. T.T

Satu hari... eh? ada friend request!! daripada dia! biaq betoi!  satu bilik kecoh.. haha.. buat semak sikit kat wall dia.. tapi dia macam nak tak nak je layan.. sah la. dah ada girlfriend la tu.. okay.. tak nak kacau dah lepas nie..

eh? dia hantar chat la... peluang nie!! hmmm... ada suka kat sorang budak masa MHS.. that girl look so innocent katanya.. sempat lagi nk usha perempuan masa sibuk2 MHS.. ish3.. eh....dia teka teki pulak dengan kite pasal budak yang dia suka.. takpe2.. kita layan kan aje.. entah2 kite kenal orang tu ke.. boleh tolong kenenkan.. hehe.. tapi macam frust la jugak kan.. tak pe la. jadi kawan pon tak pe.. :)

banyak orang minat kat dia.. bukan calang-calang orang.. cun2 semuanya.. orang yang dia suka tu pon mesti la cun jugak kan.. mesti dia nak cari yang setanding dengan dia.. memang aku dah out of list la..
tapi dia nak jadi kawan tu okay la.. dapat jugak kenal dia kan..

tiba2... *bunyi guruh* dia kata dia suka aku?? aku??? jap2.. mesti dia saja main2 nie.. nak kenakan aku la tu kan.. okay.. lelaki nie susah sikit nak pecaya.. karang aku pecaya karang.. aku yang malu kalau dia main2 je.. okay2.. jangan pecaya.. tapi dia macam betul2 je.. tapi macam tak... takpe2.. kita tengok dulu cam mana.. habis tu... innocent girl tu?? aku? hahaha.. sangat lucu.. bila masa pulak muka aku cam tu kan.. tak pernah ada orang kata macam tu.. dia sorang je..

makin lama.. macam betul je dia suka aku.. haha.. perasan :P dia sangat sweet... sangat baik..

makin lama kenal.. dia seorang anak yang bertanggungjawab.. tegas bertempat.. garang tapi best.. :D

makin hari semakin sayang pulak kat dia.. n satu hari..

366 hari yang lalu.....

*teettt* (bunyi message)
'kau sayang aku?'  eh.. apsal dia tanya cam nie tiba2?
'will you be my girlfriend?' okay.. dia tengah mamai kot nie... tak pe la.. nk turun isi air kat bawah la..
alamak!! dia kat situ la plk.. cam mana nie.. seperti yang diduga... dia datang.. dan ajak duduk kat kerusi depan machine basuh tu... for the first time bersembang dengan dia.. nervous nya... Allah saja yang tau.. xtau nak sembang apa sebab nervous sangat.. nasib baik la dia banyak cakap.. first time sembang, macam dah kenal lama pulak.. sampai berjam2.. :D and tiba2.. "will you be my girlfriend?' dia tanya soalan yang sama dia message tadi.. rupanya dia tak mamai masa hantar message tu.. aduhhhh~~~ nak jawab cam mana nie.. maluuuuuuu~~~ alamak... dia pandang pulak tu.. nak letak mana muka nie.. aku angguk... ^^

dan hari2 selepas itu sangat best sebab dia ada dan menjadi orang kesayangan aku selepas mak, ayah, adik2 dan bibik...

orang2 selalu tanya.. cepat nya kau terima dia.. even dia sendiri terkejut yang aku kasi dia jawapan waktu tu jugak.. katanya dia dah bersedia kalau aku kata aku nak masa untuk fikir... tapi.. aku macam tak sempat nak fikir, terus kasi jawapan.. haha..

 sebab...

aku suka dia.. aku sayang dia.. aku nak dia ada dengan aku selalu.. jadi.. aku tak nak tunggu2 lagi.. nanti karang melepas.. dah rugi lagi kan.. :D

nak nanges! nak nanges!!!!!

handphone rosak... screen gelap x keluar ape2 pon..
aku sayang phone tu.. sbb dalam tu ada banyak msg yang aku simpan.. sayang nak delete..
tiba2 plk ajal phone nie sampai.. sah la aku xde pon phone spare.. nasib baik minggu nie nak balik..
harap2 mak kasi beli phone baru..
hutang dulu dengan mak pon xpe la.. :'(