Wednesday, June 17, 2015

rindu

rindu tak perlu diluahkan.
biar masing-masing pendam.
biar masing-masing rasa sendiri.
mungkin rindu yang tak terluah itu lebih bermakna.

semoga aku kuat.

Thursday, January 1, 2015

2014

Assalamualaikum..
Tujuan entry nie aku konon macam nak throwback la sepanjang 2014 nie.. Sebab rasa macam banyak sangat perkara yang seronok jadi dalam hidup aku. Alhamdulillah.. :)
Lagipun ada orang tu macam perli aku update blog setahun sekali je.. Tu pun entry pasal anniversary je.. Hahaha..
Okay, memandangkan dah masuk tahun baru, azam aku nak selalu update blog.. haha.. (berapa orang je la yang baca pun)

Okay.. kita mula sesi throwback..

29 Mac 2014 - Kompang Feseni
Nie tahun last cikgu amir join kompang feseni.. Tiap2 tahun tengok dia main.. tu yang jadi johan berturut-turut tu.. hehehe.. so, sila berterima kasih kepada saya ye.. Feseni 2015 nie katanya jadi coach pulak.. hmm.. semoga berjaya.. ^^



12 April 2014 - Kak Izat Kawen
Orang pertama dalam RumateSengal yang menukar gelaran 'Cik' kepada 'Puan'..
hehe.. and sekarang kak izat dah pregnant dah.. insyaALLAH hujung Januari 2015 kami dapat anak sedara.. yeay!!!


27 April 2014 - Malam Perdana Sembilan
Okay, first time join projek mega kat kolej.. Nasib baik la pengarahnya Kak Ika. haha.. Well, banyak pengalaman aku dapat. Ye la, sebelum nie aku join Palapes, tak berpeluang nak join projek2 macam nie. Ada peluang, kita rebut. Cari pengalaman. Jadi setiausaha pulak tu. Memang penat sangaaattt.. Tapi semua tu berbaloi.. Majlis berjalan lancar. Cuma satu je aku terkilan. Malam tu aku tak sempat nak amik gambar kat photobooth yang aku penat2 siapkan dari pagi tu.. sedih! T.T


1 Mei 2014 - Physics Night
Sepatutnya Physics Night batch kami yang kena handle. Tapi disebabkan kami la batch paling teruk sekali kata semior, kami pun pass kat junior suruh organize. haha.. Nie Physics Night terakhir aku dengan batch aku. sebab Physics night tahun 2015 depa dah takdak. yang ada lagipun tinggal 4 5 orang ja la termasuk aku. Sebab aku extend. Takpe.. jumpa time convo nanti :D


Jun 2014 - FYP
Penat. Seronok. Stress. haha.. Stress sbb tangguh kerja. Padan muka. Lagi 2 bulan nak submit kau baru terhegeh-hegeh nak buat literature review apa semua. Rasakan. Alhamdulillah. Result walaupun tak sehebat kawan-kawan lain, aku terima sebab aku usaha banyak tu, aku dapat banyak tu la. 2 sem buat FYP nie buat aku pikiaq panjang.. mampu ke aku nak sambung blajaq, jadi researcher.. Betul ke minat aku ke arah tu? Hmm... 


Julai 2014 - Syawal 1435H
Alhamdulillah.. Aku dan family masih berpeluang menyambut Syawal sama-sama lagi tahun nie.. First time dapat khatam tadarus al-Quran. Kalau Ramadhan sebelum-sebelum nie, selalu tak habis satu al-Quran. Mungkin sebab tak ramai yang ada kat rumah.. Semoga Allah panjangkan usia kami, dan dapat bertemu lagi dengan Ramadhan dan Syawal yang akan datang.. :)


2 September 2014 -  My sayangs
Nie konon-konon nak celebrate birthday aku la.. hahaha.. Okay. Rindu. Korang sila habis exam cepat sikit dan jumpa dengan aku. Paham?? hihihi


8 September - 23 Oktober 2014 - Hajj 1435H
Alhamdulillah.. SubhanAllah.. ini nikmat kurniaan Allah yang paling berharga bagi aku.. Menjadi tetamu Allah untuk menunaikan haji.. Rindu. :')



15 Oktober 2014 - Kak As Konvo
Hasmidar konvo. Tapi aku kat Mekah lagi masa tu. Xpe. Dah suruh dorg tinggalkan space untuk aku bila dorang amik gambar. hehe



1-13 Disember 2014 - Kem Tahfiz dan Daurah Kitab
First time jadi fasi kem. Peserta budak-budak sekolah rendah and menengah. Jadi fasi kat sini, bukan aku je yang ajar dorang, tapi aku yang belajar banyak daripada dorang.. Adik-adik tu semua sangat hebat. Kecik-kecik dah hafal Juz 'Amma.. Rajin. Bersemangat. Aku kecik-kecik dulu tau main ja.. ish3.. Fasi-fasi lain pun semua muda-muda daripada aku.. Tapi MasyaALLAH.. ilmu dorang.. lagi banyak daripada aku. Seriously memang segan bila dengan dorang nie.. Pengalaman baru.. :)



21 Disember 2014 - le bridesmaids
Wedding Nadia hari tu jadi pengapit. Nie wedding kak ecah, jadi bridesmaids pulak.. Turn aku jadi pengantin yg tak sampai2 lagi.. hihi (kepada yang berkenaan, sila take note :P )



So... itulah sedikit sebanyak peristiwa2 yg terjadi dalam hidup aku sepanjang 2014.. 

azam 2015? hmm.. takdak azam.. hahhaha

Terima kasih kepada yang sudi baca.. I LOVE YOU.. ^^