Saturday, September 3, 2011

birthday girl in red

selama nie seingat aku,aku tak pernah ade baju kaler merah *semua jenis tone kaler pink tak consider as red okay.. :P ok,mase baby tak kire yek.. i mean sejak dah pandai memilih barang-barang untuk diri sendiri la.. aku pon tak tahu kenapa mesti anti dengan kaler merah tu.. asyik-asyik beli baju mesti biru..biru..biru.. merah memang tak pernah.. sampai mak pon dah bosan..hihihi..

dan..dan.. dan...


akhirnya aku beli baju merah!!! hahahaha.. beli guna duit sendiri ye kawan-kawan.. hihihi.. dan lepas beli aku berasa pelik kenapa aku pegi beli baju kaler merah jugak?? padahal masa tu ade banyak je baju kaler biru.. erm..mungkin dah tiba masanya untuk berubah.. and for the first time aku pakai baju merah masa keluar makan dengan family masa hari jadi aku tu.. dan mak agak pelik melihat anak perempuannya memakai baju kaler merah yang amat tidak disukai oleh anaknya itu.. *maaf ayat keling dah keluar




dah la cerita pasal baju kaler merah yang tak penting tu... hari nie hari terakhir cuti panjang aku... huhuhu.. esok akan bermula bab baru dalam hikayat hidup aku.. dah la seminggu kena mengadap MHS yang sangat memenatkan tu... takpe-takpe.. maybe akan ade kisah yang best masa MHS nanti?? siapa tahu kan...

ok, till then..

la sincero,
husna

Thursday, September 1, 2011

bermulanya hikayat

9.45 malam, lahirlah seorang bayi perempuan yang comel (ye lah..baby semua comel kan..) di sebuah hospital di Sungai Petani,Kedah.. Lahirnya bukan melalui pembedahan. dia lahir terlebih hari.. Sepatutnya boleh jadi anak MERDEKA..Tapi, kebiasaannya anak sulung akan lahir terlebih hari.. *oh ye..dia anak sulung.. Dia tak menangis seperti bayi lain. Dari situ dah nampak yang dia nie seorang yang baik dan tak banyak songeh..*hiew..hiew.. orang tuanya mula risau. tapi, selepas beberapa ketika, orang tuanya lega mendengar tangisannya. Oh ya dia juga tidak mempunyai rambut yang lebat seperti bayi lain yang baru lahir. Dia diberi nama yang baik oleh tok wannya. Nama yang sangat ringkas. Senang untuk diingati..

Selepas diringkaskan cerita...rupa-rupanya....................

Itu kisah 19 tahun yang lalu. Kini bayi perempuan itu sedang menghadap skrin laptop sambil menekan-nekan papan kekunci untuk memanjangkan lagi hikayat hidupnya. Oh.. Nama ringkas yang diberi oleh arwah tok wannya itu ialah 'Husna'.. Ringkas bukan??



-hikayat ini akan bersambung lg-






huh.. penat oo nak karang ayat skema mcm tu... hihihi.. ade orang tu tanya kenapa husnarahim19???
ok.. 19 sebab hari ie aku berusia 19 tahun.. 19 sebab hari nie 1.9.2011.. n 19 sebab.... 19 tu best..hahaha.. boleh terima kan jawapan-jawapan tu...

ok..till then


la sincero,
husna